Posts

Showing posts from April, 2021

KURANG PENGHAYATAAN AGAMA

Image
  PENDAHULUAN Setiap agama berbeza dari segi ajaran, penekanan dan cara amalannya.   Walau bagaimapun, semua agama menyeru penganutnya melakukan kebaikan dan mengamalkan nilai-nilai murni, di samping menghindarkan diri daripada segala bentuk pemikiran, perasaan dan perbuatan yang negatif.   Contohnya, setiap agama mengajar umatnya menjaga hubungan yang baik sesama manusia dengan mengamalkan sikap bertegur sapa dan saling bantu-membantu tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.   (Petikan: Nilai Masyarakat Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd.).   Berdasarkan bancian tahun 2010 yang telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, didapati bahawa Islam merupakan agama yang paling ramai penganutnya di Malaysia, iaitu sebanyak 61.3%.   selebihnya ialah penganut agama lain, iaitu sebanyak 19.8% penganut agama Buddha, 9.2% penganut agama Kristian, dan 6.3% penganut agama Hindu.   Penganut lain-lain agama ialah 1.7% serta sebanyak 1.7% penduduk Malaysi...