KURANG PENGHAYATAAN AGAMA
PENDAHULUAN
Setiap
agama berbeza dari segi ajaran, penekanan dan cara amalannya. Walau bagaimapun, semua agama menyeru
penganutnya melakukan kebaikan dan mengamalkan nilai-nilai murni, di samping
menghindarkan diri daripada segala bentuk pemikiran, perasaan dan perbuatan
yang negatif. Contohnya, setiap agama
mengajar umatnya menjaga hubungan yang baik sesama manusia dengan mengamalkan
sikap bertegur sapa dan saling bantu-membantu tanpa mengira latar belakang
bangsa dan agama. (Petikan: Nilai
Masyarakat Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd.).
Berdasarkan bancian tahun 2010 yang telah dijalankan oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia, didapati bahawa Islam merupakan agama yang paling
ramai penganutnya di Malaysia, iaitu sebanyak 61.3%. selebihnya ialah penganut agama lain, iaitu
sebanyak 19.8% penganut agama Buddha, 9.2% penganut agama Kristian, dan 6.3%
penganut agama Hindu. Penganut lain-lain
agama ialah 1.7% serta sebanyak 1.7% penduduk Malaysia yang tidak menganut
apa-apa agama dan kepercayaan. (Petikan:
Nilai Masyarakat Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd.).
Penghayatan agama adalah penghayatan
akidah dan ibadat adalah khusus bagi orang Islam. Orang bukan Islam tidak dituntut menghayati
ajaran-ajaran khusus ini. Namun, Islam tidak melarang jika mereka mahu
mengamalkannya.
Agama
pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib
dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan
kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat
berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada
satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai
aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya
melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama.
Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. (Wikipedia,
ensiklopedia bebas).
Dari
segi bahasa, penghayatan berasal dari ‘hayat’ iaitu perkataan Arab bermakna
hidup manakala kata kerja ‘menghayati’ memberi maksud mengalami dan merasai
(dalam batin) atau meresap ke dalam jiwa. Penghayatan bererti perihal
menghayati, perihal mengalami dan merasai dalam batin (Sheikh Othman Sheikh
Salim, 2002: 447). (Penghayatan Agama
Sebagai Asas Pembangunan Pelajar/Analisis Terhadap Beberapa Pandangan Al-Imam
Al-Ghazali/Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani /Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Bangi, Selangor).
OBJEKTIF
1.
KONSEP KURANG
PENGHAYATAAN AGAMA- DHURGA
2.
PENGARUH NEGATIF
MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA SOSIAL-DHURGA
3.
KURANG DORONGAN AGAMA
DALAM DIRI-HELEN
4.
TERPENGARUH DENGAN
RAKAN SEBAYA-HELEN
5.
KURANG DIDIKAN AGAMA
DARIPADA IBU BAPA-JYOTISHA
6.
CADANGAN KURANG
PENGHAYATAAN AGAMA-JYOTISHA
Punca-punca kurangnya
penghayatan dalam agama
1. Kurang didikan agama daripada ibu bapa:
Ø
Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang
secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang
sempurna dapat dijadikan pedoman hidup.
Ø
Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan
daripada mendidik anak-anak mengenai ilmu agama.
Ø
Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak
cetek dan masih tidak dapat membezakan mengenai perkara yang baik dengan
perkara yang buruk.
Ø
Mereka juga tidak tahu membezakan yang halal mahupun
haram sesuatu perkara dan akhirnya menyebabkan mereka mudah terjerumus dengan
anasir-anasir yang tidak berfaedah.
Ø
Anak-anak yang kurang didikan agama lebih gemar
menghabiskan masa lapang mereka di pusat siber ataupun di pusat permainan video
selepas pulang dari sekolah.
Ø
Sepatutnya, kesempatan yang ada sebaiknya digunakan untuk
menunaikan solat dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat seperti
membaca buku, menyiapkan kerja sekolah dan bersukan.
2. Pengaruh negatif media elektronik dan media sosial:
Ø
Pengaruh media massa terhadap masyarakat sememangnya tidak
dapat disangkal lagi. Masyarakat cenderung
untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana
mereka mempunyai naluri ingin mencuba.
Ø
Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik
tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Mereka perlulah menilai kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.
Ø
Keseronokkan pengaruh media sosial seperti Facebook,
Instagram, Twitter dan Wechat membutakan mata masyarakat kita terhadap ilmu
agama.
Ø
Mereka lebih gemar menghadap media-media elektronik
canggih seperti telefon pintar ini sehingga lupa akan tuntutan agama
masing-masing.
Ø
Contohnya, mereka lupa untuk menunaikan solat, ponteng
kelas-kelas agama dan tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan
perempuan.
Ø
Penyalahgunaan media-media tersebut menyebabkan mereka
mudah terpesong dari ajaran agama yang akhirnya memberi kesan negatif kepada
mereka.
3. Terpengaruh dengan rakan sebaya:
Ø Rakan sebaya turut menjadi
punca kurangnya penghayatan dalam agama terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini kerana rakan sebaya merupakan
individu yang rapat dengan remaja selain ibu bapa.
Ø Malah remaja kini
lebih banyak meluangkan masa dengan rakan berbanding dengan keluarga. Hal ini menyebabkan remaja terlalu
mempercayai rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja bersama-sama tanpa
memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.
Ø Selain itu, remaja
takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan rakan-rakan sekiranya
tidak mengikut perbuatan mereka.
Ø Contohnya, apabila
sekumpulan pelajar merokok, pasti remaja dalam kumpulan tersebut akan didesak
supaya melakukan perbuatan yang sama.
Ø Keadaan ini akan
menimbulkan konflik dalam diri mereka
yang tidak mahu disisihkan atau dianggap tidak berani mencuba. Akhirnya, mereka akan memilih untuk menyertai
rakan dengan mengikut perbuatan mereka itu.
Ø Dalam hal ini, remaja
perlu sedar bahawa mereka perlu bijak memilih rakan. Hal ini kerana apabila berkawan dengan
penjual minyak wangi, harumnya akan melekat pada badan kita, manakala apabila
berkawan dengan tukang besi,bahang kepanasan akan turut kita rasai.
Ø Jelaslah bahawa rakan
sebaya turut memainkan peranan dalam penghayatan dalam agama. Jika masyarakat terutamanya remaja bijak
memilih rakan mereka, maka tidak timbul isu kurang penghayatan agama dalam diri
mereka.
Ø Hal ini kerana, rakan
yang baik mestilah mendorong mereka untuk mendekatkan diri dengan ajaran-ajaran
agama.
4. Kurangnya aktiviti keagamaan:
Ø
Tidak dinafikan bahawa pihak sekolah atau pihak institusi
pengajian tingga ada mengadakan aktiviti keagamaan.
Ø
Namun, aktiviti keagamaan yang dijalankan tidak diadakan
secara berterusan.
Ø
Hal ini disebabkan oleh kesibukan para pelajar menyiapkan
kerja-kerja yang diberikan dan kesempitan masa para guru atau pensyarah kerana
mereka juga perlu meluangkan masa bersama keluarga.
Ø
Kedua-dua pihak sukar mencari masa yang sesuai untuk
memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti keagamaan yang dijalankan di
sekolah atau di institusi pengajian tinggi tersebut.
Ø
Hal inilah yang menyebabkan aktiviti agama kurang
dijalankan. Kelas-kelas agama dan
perjumpaan keagamaan terpaksa dibatalkan disebabkan waktu lapang yang
terhad.
Ø
Kesannya, para pelajar kurang mendapat pembelajaran ilmu
agama. Mereka juga beranggapan bahawa
kelas-kelas agama ini adalah beban bagi mereka.
Ø
Mereka lebih mementingkan tugasan yang diberikan kerana
bagi mereka markah tugasan yang bakal diperolehi lebih penting daripada meluangkan
masa di pusat-pusat agama.
Ø
Intihannya, mereka hanya menjadi insan yang berilmu namun
cetek nilai-nilai agama dalam diri.
5.
Kurang dorongan agama dalam diri:
Ø Apabila sesorang itu
meningkat dewasa, tanggungjawab terhadap dirinya kian bertambah. Hal ini memberi kesan kepada kehidupan diri
seseorang terutamanya dalam hal menjaga kebajikan diri sendiri.
Ø Oleh itu, dorongan
pihak-pihak yang lain seperti ahli keluarga, rakan ataupun suami isteri perlu
untuk memastikan individu tersebut tidak terpesong dari jalan yang benar.
Ø Begitu juga dengan
hal-hal keagamaan dalam diri individu.
Setiap individu memerlukan dorongan dan sokongan daripada orang-orang di
sisinya untuk terus mendekatkan diri dengan ilmu agama.
Ø Tanpa dorongan yang
kuat, usaha untuk menuntut ilmu agama hanyalah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam
sahaja’.
Ø Dorongan ini perlu
supaya setiap individu tidak cepat lupa akan tanggungjawabnya sebagai penuntut
agama.
Ø Sebagai contoh,
seseorang individu akan menunaikan solat pada waktunya walaupun sibuk dengan
pekerjaan kerana sering diingatkan oleh orang-orang disisi yang sentiasa
memberikan dorongan kepadanya.
Ø Dorongan dalam diri ini penting
supaya setiap individu sentiasa diingatkan untuk menjalankan tuntutan agama
masing-masing dan sentiasa saling mengingati antara satu sama lain.
Kesan-kesan kurangnya penghayatan
agama
1.
Keruntuhan akhlak:
Ø Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan perlakuan remaja seperti isu buli, pembuangan bayi, seks bebas, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Ø Isu berkaitan
kanak-kanak dan remaja harus diberi penekanan yang tinggi kerana jatuh
bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan
dan juga bukan kerajaan serta ibu bapa memainkan peranan penting untuk
mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan kanak-kanak dan
remaja.
Ø Dalam islam telah
menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat daripada sebarang
kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual.
Ø Antara perkara yang
wajib dijaga ialah memelihara agama iaitu menjaga diri daripada melakukan
sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Selain itu, menjaga nyawa, ianya perlu
dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara yang boleh menyebabkan
kematian.
Ø Seterusnya, memelihara
keselamatan tubuh badan. Tubuh badan manusia perlu dijaga dari melakukan
perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan akal, contohnya pengambilan
alkohol dan dadah.
Ø Seks bebas merupakan
satu perbuatan yang terkutuk dan paling dibenci dan dimurkai oleh Allah.
Ø Tetapi remaja pada
masa ini tidak takut soal dosa dan pahala, halal dan haram, betul atau salah
apa yang telah mereka lakukan.
Ø Gejala yang tidak
bermoral ini berlaku disebabkan terlalu bebas dalam pergaulan antara lelaki dan
perempuan.
Ø Gejala keruntuhan
moral yang muncul hari ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan
masalah lain. Sebagai contohnya, penawar bagi penyakit AIDS masih belum
ditemui.
Ø Oleh itu, peranan dan
didikan agama dari kecil adalah salah satu cara untuk mencegah dan menghalang
dari perbuatan terkutuk itu.
2.
Keruntuhan institusi keluarga
Ø Sebagaimana yang kita
ketahui, setiap manusia mempunyai
pegangan agama masing-masing sama ada seseorang itu menganut agama Islam, Buddha,
Hindu, Kristian dan sebagainya.
Ø Semua agama mengajar
penganutnya melakukan perkara yang baik dan taat kepada setiap ajarannya. Dalam
institusi keluarga, pegangan agama yang kukuh dapat menjamin keutuhan rumah
tangga serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Malangnya, kebanyakan
masyarakat tidak mengamalkannya.
Ø Punca berlakunya kelonggaran pegangan agama
dalam sesebuah institusi keluarga adalah disebabkan kurangnya pengetahuan ilmu
agama dalam diri seseorang.
Ø Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam memastikan setiap ahli keluarga mereka mentaati agama
yang dianuti. Sebaliknya yang berlaku pada masa kini, mereka lebih mementingkan
kerjaya dan kesenangan di dunia tanpa memikirkan soal agama.
Ø Era pembangunan kini,
kebanyakan ibu bapa tidak mementingkan ilmu keagamaan, mereka lebih
mementingkan kebendaan dan kemewahan dunia berbanding di akhirat.
Ø Malahan ajaran agama
yang sedia ada tidak dihayati sepenuhnya. Mereka seolah-olah meletakkan agama
di tempat kedua manakala kemewahan dan kesenangan di dunia di tempat pertama.
Ø Kepentingan kerjaya
melebihi kepentingan agama dan keluarga. Bagi mereka mencari nafkah adalah
penting untuk membahagiakan keluarga tanpa mereka sedari yang anak-anak
memerlukan belaian dan kasih sayang dari mereka bukan harta dan kemewahan
semata-mata.
Ø Ketekunan ibu bapa dalam bekerja sehingga lupa
akan kewajipan sebagai umat Islam untuk menunaikan solat lima waktu, membayar
zakat,berpuasa dan sebagainya dengan alasan sibuk mencari nafkah.
Ø Apabila ibu bapa
sering tiada di rumah untuk pergi bekerja, anak-anak mereka akan merasa
kesunyian dan akan mencari sesuatu yang baru untuk menghilangkan rasa bosan
tinggal di rumah seorang diri.
Ø Akibatnya, ramai
kanak-kanak dan remaja bawah umur terjebak dengan gejala sosial dan pergaulan
bebas.
3. Mudah terpengaruh dengan budaya luar
Ø Budaya negatif Barat
kini menjadi ikutan masyarakat negara ini, terutamanya generasi muda. Antara budaya negatif Barat yang telah
menular di Malaysia adalah seperti punk, black metal, fesyen barat dan
hedonisme.
Ø Punk didefinisikan
melalui fesyen, muzik, kelakuan dan dikaitkan dengan kegelapan dan berunsurkan
pemberontakkan.
Ø Black Metal pula
merupakan kumpulan muzik yang mengadakan persembahan separuh gila, berunsurkan
lucah dan kesyaitanan dan lirik lagu yang berunsurkan pemujaan iblis dan roh.
Ø Segelintir golongan
belia pada hari ini lebih memilih untuk mengenakan fesyen ala Barat seperti
memakai skirt pendek, berseluar jeans ketat dan berpakaian jarang serta tidak
menutup aurat.
Ø Fesyen Barat tidak
menitikberatkan maruah si pemakainya, berbeza dengan fesyen tradisional
mesyarakat tempatan yang penuh dengan kesopanan serta meninggikan martabat
pemakainya.
Ø Ciri-ciri tersebut
dapat dilihat pada pakaian tradisional seperti baju kurung, cheongsam, sari dan
baju Melayu.
Ø Malangnya, segelintir
golongan belia lebih tertarik untuk mengikuti fesyen Barat yang seksi dan
mencolok mata.
Ø Pemakaian seperti itu
boleh mengundang kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti cabul, gangguan
seksual dan rogol.
Ø Hedonisme ialah
istilah Greek, iaitu ‘hedone’ yang bermaksud keseronokan, kelazatan dan
kegembiraan.
Ø Budaya ini melibatkan
hiburan dan pergaulan bebas semata-mata.
Ø Contohnya, mereka
gemar mengunjungi tempat-tempat hiburan seperti pusat karaoke, konsert, parti
dan sebagainya.
Ø Kita sebagai rakyat
Malaysia perlu menolak sepenuhnya budaya buruk ini kerana hedonisme
bertentangan dengan budaya ketimuran.
Ø Kita perlu
menghormati adab serta berpegang kepada amalan dan keprcayaan agama
masing-masing.
4. Timbul masalah dalam perpaduan antara kaum:
Ø Apabila kurangnya
penghayatan terhadap agama, maka timbulah isu-isu keregangan perpaduan antara
kaum di Malaysia.
Ø Hal ini kerana setiap
agama mengajar penganutnya untuk menghormati agama lain dan berbuat baik sesama
manusia.
Ø Contohnya, al-Quran
mengajar manusia berlemah lembut dalam pertuturan ketika memberikan nasihat,
berlaku adil walaupun berlainan bangsa, agama dan keturunan, berbuat baik
dengan ibu bapa serta menghormati hak orang lain.
Ø Firman Allah dalam
surah al-Nahl yang bermaksud:
·
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka
(yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia yang Maha Mengetahui
akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia jua lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah al-Nahl 16:125)
Ø
Pertelingkahan dan salah faham antara kaum berpunca
daripada pemikiran manusia itu sendiri.
Mereka tidak menghayati tuntutan agama yang menyeru agar manusia hidup
dalam bersatu padu.
Ø
Hal ini memudahkan pertelingkahan dan salah faham wujud
dalam diri masyarakat kita yang cetek dalam ilmu agama.
Ø
Sebagai contoh, wujudnya salah faham antara kaum apabila
tiba musim perayaan kerana mereka kurang memahami adat kaum dan agama kaum
lain.
Ø
Akhirnya, masyarakat kita berkembang menjadi sebuah
negara yang mundur akibat perpaduan kaumnya yang lemah.
Ø
Oleh itu, penghayatan dalam agama adalah sangat penting
dalam menjamin perpaduan kaum.
Cara-cara
mengatasi isu kurang penghayatan dalam agama
1.
Mengadakan program penghayatan agama:
Ø
Program-program yang berasaskan keagamaan perlulah
diadakan secara berterusan.
Ø
Ini akan menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya
menghayati agama serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Ø
Sebagai contoh salah satu program yang berasaskan
keagamaan ialah:
·
“Bagi menggalakkan persefahaman dan mengukuhkan keamanan
serta perpaduan, golongan belia negara ini perlu mengutamakan dan membudayakan nilai-nilai
integriti yang terkandung dalam agama yang dianuti, ulas Presiden Majlis Belia
Malaysia (MBM), Haji Mua’mar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin ketika
menghadiri Dialog Pembudayaan dan Pengukuhan Integriti Dari Perspektif Pelbagai
Agama di Malaysia yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI).”
·
Dalam ucapannya, Dr. Ahmad Fadzli menyatakan bahawa
program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
khususnya golongan belia tentang nilai-nilai murni yang wujud dalam agama,
sekali gus menggalakkan kepada sikap menghormati penganutnya terhadap
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing.
·
“Konflik yang tercetus dalam masyarakat majmuk lazimnya
bukan kerana agama, tetapi disebabkan kegagalan rakyat memahami nilai-nilai
yang terkandung dalam agama itu sendiri,” ujar beliau lagi.
·
Justeru, Dr. Ahmad Fadzli berharap agar menerusi dialog
ini, pengamalan dan pembudayaan nilai-nilai integriti yang terkandung dalam
setiap agama dapat disuburkan, sekali gus menjadi penggerak dan pengukuhan
perpaduan, kesejahteraan serta keharmonian masyarakat.
2. Mendidik anak-anak tentang agama dari kecil:
Ø
Anak-anak seharusnya dididik dari kecil mengenal tentang
agama.
Ø
Hal ini kerana, anak-anak kecil mudah mengikuti perintah
orang yang lebih dewasa.
Ø
Peranan ibu bapa sangatlah penting dalam mendidik
anak-anak mereka tentang agama masing-masing.
Ø
Apabila anak-anak meningkat remaja, agak sukar bagi ibu
bapa untuk mendidik anak-anak mereka tentang agama kerana remaja sangat
dikenali dengan sikap yang degil dan suka membantah.
Ø
Sekiranya ibu bapa berjaya mendidik anak-anak mereka
tentang ilmu agama mulai dari kecil, maka mereka akan membesar menjadi insan
yang berakhlak mulia apabila meningkat dewasa, bak kata pepatah Melayu, “ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”.
Ø
Sebagai contoh, dalam Islam, anak-anak perlu dididik
supaya mengenal Allah melalui al-Quran.
Ø
Anak-anak perlu dibiasakan dengan menunaikan solat lima
waktu supaya kelak mereka tidak lupa akan Allah di dalam setiap perkara yang
mereka bakal lakukan.
Ø
Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mengenai perkara
yang halal dan haram.
Ø
Hal ini kerana apabila anak-anak ini meningkat dewasa,
mereka sentiasa ingat pesanan ibu bapa
dan menghindari diri daripada perbuatan yang dilarang oleh agama mereka.
Ø
Maka kuranglah isu-isu masalah keruntuhan akhlak dalam
kalangan masyarakat kita terutamanya dalam kalangan remaja.
3. Menerapkan ajaran agama dalam kurikulum pelajar:
Ø
Salah satu cara yang berkesan untuk membangkitkan
perasaan minat untuk mempelajari agama adalah melalui pembelajaran di sekolah
ataupun institusi pengajian tinggi.
Ø
Hal ini kerana para pelajar berasa selesa mempelajari
sesuatu ketika berada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.
Ø
Mereka mempunyai ramai guru atau pensyarah yang bakal
mengajar mereka akan agama masing-masing.
Ø
Hal ini mendekatkan diri pelajar dengan ajaran agama
mereka sekali gus melatih mereka untuk mengamalkan ajaran agama mereka di
tempat awam.
Ø
Dengan cara ini juga mereka boleh memahami sedikit
sebanyak tentang agama-agama lain.
Ø
Sekiranya para pelajar mampu bertoleransi untuk memahami
dan menghormati agama orang lain, maka isu-isu perpaduan di negara kita
bukanlah menjadi batu penghalang dalam kemajuan negara.
Ø
Isu-isu perkauman juga dapat dikikis sekiranya mereka
mampu menerapkan nilai agama dalam diri kerana agama menekankan setiap individu
supaya sentiasa menghormati penganut agama lain.
Ø
Oleh itu, kerajaan perlulah menerapkan lebih banyak lagi
kurikulum berasaskan nilai-nilai keagamaan dalam subjek-subjek di sekolah
mahupun di institudi pengajian tinggi.
Ø
Contohnya seperti subjek Pendidikan Moral, Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, Pengajian Am dan Pendidikan Islam.
Kepentingan
penghayatan dalam agama
1.
Pemangkin kepada kehidupan manusia:
Ø
Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap
manusia. Tanpa pegangan agama, maka akan
goyahlah kehidupan manusia.
Ø
Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat
menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia.
Ø
Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan
dan acuan kepada latar budaya masyarakat.
Ø
Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang
dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan.
Ø
Ini dapat dilihat dari segi pertuturan, perilaku dan gaya
hidup seseorang manusia.
Ø
Selain itu agama memainkan peranan yang penting dalam
membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketengan
dan keamanan dalam kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan
sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan
keselamatan serantau.
Ø
Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang bencikan
peperangan. Agama islam juga melarang
umatnya untuk memulakan peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah
dengan aman (perbincangan).
Ø
Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun tidak akan
membangun dengan cepat.
Ø
Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan
paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga merupakan
salah satu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun dalam
kehidupan.
Ø
Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak
bermoral kerana maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di labelkan "zaman
pencerobohan orang gasar".
Ø
Akibat kerajaan maharaja yang kejam dan tidak bermoral
rakyatnya memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya dinasti tersebut
berjaya digulingkan.
Ø
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan
peranan yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya dalam pembinaan
tamadun.
2.
Penyatuan rakyat dalam pembangunan negara:
Ø
Agama sebagai tema penting dalam ideologi penyatuan
negara, khususnya dalam negara majmuk, sering dianggap sebagai sesuatu yang
tidak realistik.
Ø
Hal ini adalah kerana, walaupun yang dianuti bersama, didapati
boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan penganutnya.
Ø
Oleh itu, apatah lagi cadangan untuk menggunakannya,
lebih-lebih lagi fahaman kepelbagaian agama sebagai ideologi penyatuan dalam
negara majmuk. Ia dianggap bukan saja tidak berpijak di bumi nyata, tetapi
akhirnya boleh mengundang kepada konflik agama.
Ø
Sesungguhnya hal sebegini tidak semestinya berlaku.
Malah, ia boleh dilaksanakan dan Malaysia boleh membuktikannya.
Ø
Hal ini antaranya adalah kerana Rukun Negara, yakni
ideologi nasional mengenai cara negara berdaulat ini diurus tadbir selain
menjadi amalan hidup rakyatnya, boleh dimanfaatkan sebagai alat penyatuan
negara.
Ø
Prinsip pertamanya, iaitu kepercayaan kepada Tuhan,
digubal atas dasar kesedaran bahawa agama dan kepercayaan kepada Tuhan adalah
perkara penting dalam kehidupan manusia.
Ø
Dengan ini, walau apapun juga agama, sistem kepercayaan
dan kuasa ajaib yang kita semua anuti, percayai dan yakini, boleh dikatakn
bahawa sudah wujud asas teguh kerohanian dalam jiwa rakyat Malaysia.
Ø
Oleh sebab inilah, prinsip pertama dalam Rukun Negara disusun
untuk dipromosikan bukan saja sebagai satu asas mengurus tadbir negara, tetapi
yang lebih penting ialah untuk rakyat Malaysia agar lebih bermakna lagi dari
segi rohaniah.
Ø
Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh
semua dan ia merupakan sumber kekuatan . Satu aspek penting yang menjadi
penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah agama.
Ø
Kepelbagaian agama di kalangan pelbagai penduduk Malaysia
merencamkan pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa, warna
kulit, adat resam dan lain-lain lagi.
Ø
Agama memainkan peranan yang penting dan merupakan
penanda jati diri yang kuat oleh pemimpin kita sejak awal lagi.
Ø
Contohnya prinsip Rukun Negara yang pertama telah
menegaskan bahawa “Kepercayaan Kepada Tuhan” ialah sebahagian daripada cara
hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agamanya.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
penghayatan agama yang membawa maksud menghayati, mengamal dan melaksanakan
agama secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan dengan segala dimensinya
iaitu akidah, ibadah, akhlak dan syariah.
Kerohanian merupakan suatu aspek yang mendasari penghayatan agama yang
mana penghayatan dimensi akidah, ibadah, akhlak dan syariah kesemuanya memberi
kesan kepada bahagian dalaman (batin atau rohani) manusia.
Penghayatan agama
sebagai asas pembangunan masyarakat diharap dapat melahirkan generasi rabbani
yang disebut oleh Fathi Yakan (2002: 125-126) sebagai generasi yang memberi
tumpuan, dan kepatuhan yang menyeluruh dan tidak berbelah bagi kepada Allah (s.w.t)
dalam menunaikan segala syariat dan mengikut jalan yang dibawa oleh Rasulullah
(s.a.w), sehingga fitrah yang mengalir dalam setiap pergerakan, ibadat, akhlak
dan pergaulan mereka, di dalam setiap aspek kehidupan, pada ketika sunyi atau
terang-terangan; seluruhnya dalam pengawasan Allah (s.w.t) dan dalam ketaatan
kepadaNya.
Didikan dari awal
sangatlah penting kerana kanak-kanak harus dilengkapi dengan ilmu agama supaya
membesar sebagai seorang yang berakhlak mulia suatu hari kelak. Peranan ibu bapalah yang penting dalam
mendidik anak-anak mereka supaya menghayati agama masing-masing. Ibu bapa perlu tahu tentang isu-isu semasa
dalam memberi pendidikan yang cukup baik untuk anak-anak supaya mereka menjadi
seorang insan yang berguna. Apabila
mereka mendalami ilmu agama seperti solat lima waktu, membaca al-Quran, berbudi
bahasa dan sebagainya, mereka akan berjaya dalam hidup. Oleh itu, ibu bapa sebagai pendidik utama
anak-anak mestilah bijak dalam mendidik anak-anak dan sentiasa meningkatkan
pendidikan agama dalam diri mereka agar mereka tidak lupa diri.
Akhir kata,
masyarakat haruslah didedahkan kepada ilmu-ilmu keagamaan bagi menyedarkan
mereka bahawa mereka merupakan generasi yang menjadi pemangkin dalam kemajuan
negara. Kelengkapan ilmu agama dalam
diri membantu membentuk sebuah masyarakat harmoni yang hidup dalam keadaan
saling hormat-menghormati.
Berikut adalah statistik-statistik kesan daripada
kurangnya penghayatan agama
Rujukan
1.
Internet:
a.
http://documents.tips/documents/penghayatan-agama.html
b.
Wikipedia, ensiklopedia bebas
c.
http://nurlaily241093.blogspot.my/2015/06/kelonggaran-pegangan-agama-menjadi.html
d.
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2010/5/1/mstar_berita/20100501194155
e.
http://integriti.my/dev/2016/01/19/penghayatan-agama-semarakkan-pembudayaan-integriti/
f.
http://dokumen.tips/documents/peranan-dan-kepentingan-agama-dalam-kehidupan-manusia.html
g.
http://documents.tips/documents/peranan-agama-dalam-mempersatukan-pelbagai-rakyat-di-malaysia.html
h.
http://documents.tips/documents/peranan-agama-dalam-merapatkan-hubungan-etnik-autosaved.html
2.
Buku:
a.
Judul buku: Nilai Masyarakat Malaysia
3.
Majalah:
a.
Dewan Siswa-Menetapkan Tahap Kesempurnaan Diri. Terbitan
Dewan Bahasa Pustaka.
b.
Dewan Siswa-Ketagihan Digital Hilang Kemanusiaan Kerana
Telefon Pintar. Terbitan Dewan Bahasa Pustaka.
c.
Dewan Masyarakat-Selamatkah Anak Kita?. Terbitan Dewan
Bahasa Pustaka.
LAMPIRAN










Comments
Post a Comment